PortalHomeRegisterLog in

Share | 
 

 Abby n Norman bercerai juga akhirnya

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Black.Deejay
HOST Administrators
HOST Administrators


Posts : 110
Join date : 2008-12-06
Age : 34
Location : City GCC..

PostSubject: Abby n Norman bercerai juga akhirnya   Thu 18 Dec - 15:48:05


Moga
Abby tabah dengan kehidupan yang mendatang dan Norman juga tidak
melupakan tanggungjawab dan nafkah kepada anak-anak selepas sahaja
mereka hidup berasingan selepas ini


Khamis Disember 18, 2008
Abby dan Norman bercerai lagi dengan talak satu
Oleh NURUL AIN MOHD. HUSSEIN

Pasangan Abby Abadi-Norman Hakim akhirnya bercerai.
[SEMASA]
KUALA LUMPUR: Pasangan pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim hari ini
bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Gombak Timur.

Norman
atau Mohamed Norhakim Zaidon, 32, melafazkan talak kepada Abby atau
Arbaeyah Abdul Manan, 31, pada pukul 11.20 pagi ini di hadapan hakim
Wan Mahyuddin Muhamad.


Semasa
hendak melafazkan talak, Norman dilihat gagal mengawal perasaan,
sehingga mahkamah terpaksa ditangguhkan kira-kira 10 minit untuk
memberi masa kepada Norman menenangkan diri.

Pada 5 Disember,
Abby Abadi telah memfailkan permohonan perceraian terhadap suaminya,
Norman Hakim yang baru-baru ini ditangkap khalwat dengan seorang
pelakon baru, Memey Suhaiza.

Permohonan tersebut difailkan melalui peguam syarie, Ahmad Nazib Johari di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini.

Itu
merupakan kali kedua Abby memfailkan permohonan perceraian setelah
cubaan kali pertama yang dilakukan sendiri tanpa peguam syarie pada 3
November lalu gagal disebabkan dokumen yang tidak lengkap.
Mahkamah
menetapkan hari ini untuk mendengar sebutan kes tersebut untuk
mengetahui sama ada Norman yang juga seorang pelakon bersetuju atau
sebaliknya terhadap permohonan isterinya.

Jelas beliau, Abby
mengemukakan permohonan di bawah Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang
Keluarga (Negeri Selangor) 2003 iaitu bercerai dengan persetujuan
Norman melalui kebenaran mahkamah.

Dalam permohonan itu, kata
Ahmad Nazib, Abby memohon perceraian dengan alasan tiada lagi
persefahaman antara mereka suami isteri.


Abby yang baru
menyambut hari jadi yang ke-31 pada 1 Disember lalu sebelum ini pernah
menegaskan untuk mengakhiri perkahwinan mereka ekoran krisis yang
melanda.


Norman yang juga seorang ahli perniagaan
bagaimanapun berharap agar rumah tangga mereka dapat dipertahankan demi
kebahagiaan tiga orang anak mereka.


Rumah tangga pasangan
artis tersebut dilanda kemelut apabila Norman ditangkap khalwat bersama
Memey di sebuah premis perniagaan di Ukay Perdana dekat sini pada awal
pagi 30 Oktober lalu.


Pada 3 November lalu, Abby
dinasihatkan oleh pihak mahkamah supaya berbincang dengan Norman
terlebih dahulu supaya dapat bercerai secara baik, setelah dia gagal
memfailkan perceraian ekoran dokumen permohonan yang tidak lengkap


Sejurus
selepas itu, Abby bertindak nekad berkunjung ke lokasi penggambaran
drama bersiri Gerak Khas di Wangsa Maju untuk menemui Norman bagi
menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.


Pasangan tersebut
yang mendirikan rumah tangga pada 11 Januari 2002 dikurniakan tiga
cahaya mata iaitu Danish Hakim, 5, Marisa Dania Hakim, 3, dan Maria
Danisha Hakim, dua setengah bulan.


Norman dan Abby pernah bercerai talak satu pada 5 Mei 2006. Bagaimanapun, mereka rujuk semula dalam tempoh yang singkat.

_________________

»-(¯`®»~~DJ~~«®´¯)-«
Back to top Go down
http://www.darkcrew-pahang.co.cc/
Black.Deejay
HOST Administrators
HOST Administrators


Posts : 110
Join date : 2008-12-06
Age : 34
Location : City GCC..

PostSubject: Norman pasrah jika berpisah   Thu 18 Dec - 15:58:09



‘Saya pasrah andai berpisah’
Oleh Mohamad Hussin
mohamad@hmetro.com.my


KUALA
LUMPUR: “Saya pasrah apa yang berlaku sama ada bersama semula atau
berpisah dengan Abby,” kata Norman Hakim atau Mohamed Nurhakim Zaidon,
32, yang ditemui selepas menunaikan solat Hajat dan Istikarah di Masjid
Nur Hidayah Kampung Pandan di sini, malam tadi.

Katanya, lebih baik dia mengambil sikap bertenang sekarang dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.



Ini
kerana pelakon yang terkenal dengan watak pegawai polis dalam drama
Gerak Khas itu tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan berikutan ada
segelintir pihak cuba menangguk di air keruh.

Ditanya
perasaannya terhadap isteri dan anak, kata Norman, dia masih menyayangi
keluarganya dan berharap rumah tangganya dapat dipertahankan.


Malah,
menurutnya, dia masih menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga
termasuk tetap membayar bil elektrik dan air serta membiayai
persekolahan anak.

“Masih ada kasih sayang saya pada anak dan
isteri. Masa solat tadi terbayang anak sulung yang selalu azan. Saya
pentingkan masa depan mereka tidak kira apa yang berlaku
nanti...bersatu atau berpisah.

“Kebajikan mereka tidak akan
terabai. Siapa yang tak sayangkan anak. Kali terakhir saya berjumpa
dengan mereka ketika majlis cukur jambul anak bongsu saya selepas hari
raya lalu,” katanya.

Dia juga tidak mahu mengulas panjang isu
rumah tangganya bersama Abby kerana boleh menjadi ruang perbalahan dan
tiada jalan penyelesaian.

“Saya nak cari jalan penyelesaian...saya perlukan ruang untuk cari petunjuk arah bagi selesaikannya.

“Berikan saya ruang...biarlah saya cari jalan penyelesaian terlebih dulu sebelum mengambil sebarang keputusan,” katanya.

Norman ternyata tidak mengetahui bila dapat menyelesaikan masalah terbabit dengan menyerahkannya kepada Allah s.w.t.

Bagaimanapun, baginya, apa yang penting kawan dan ahli keluarga tetap memberi sokongan.

“Saya
tidak boleh salahkan sesiapa sama ada berkaitan kes khalwat atau
masalah rumah tangga. Perkara sudah terjadi...saya perlu pertahankan
diri saya.

“Apatah lagi isteri saya dalam keadaan emosi yang
menebal, biarlah dia reda dulu...dalam keadaan pelbagai spekulasi dan
andaian, saya nampak ia bukan platform untuk berbalas kenyataan kerana
akan mengeruhkan lagi keadaan.

“Saya memohon kepada Allah s.w.t
supaya menyelamatkan rumah tangga kami...apa gerak hati yang terbaik
itulah yang datang daripada Yang Maha Esa,” katanya yang lega dapat
melakukan solat hajat dan Istikarah bagi memperoleh petunjuk untuk
menyelesaikan masalah dihadapinya.

Norman berkata, dia memohon
petunjuk kerana jika jalan terbaik ke arah penyelesaian itu ialah
berpisah, dia bersedia menerimanya.

Dia seterusnya menafikan sudah mengahwini Suhaiza Suhaimi atau Memey, 20, yang menjadi punca keretakan rumah tangganya.

Perkara
itu turut disahkan abangnya, Mohd Sophee Zaidon, 44, dan sepupu Norman,
Razin Abdul Razak, 43, yang turut berada di masjid berkenaan.

“Saya
belum mengahwini Memey, itu semua spekulasi dan saya tak pernah kahwin
dan tak pernah hantar borang nikah. Segala-galanya tidak benar.

“Saya
tidak mahu cakap apa-apa, nanti akan bangkitkan gelodak emosi daripada
pihak Abby,” katanya yang terkejut dengan kehadiran media di masjid itu.

Norman yang memakai baju Melayu putih dan berkain pelekat kelihatan tenang ketika menjawab soalan diajukan wartawan.

“Saya
tidak sangka media akan datang ke sini...nanti apa pula anggapan
masyarakat terhadap saya, sampai sembahyang pun nak panggil media,”
katanya.

Hasil perkongsian hidup mereka, Abby dan Norman
dikurniakan tiga anak, Mohamed Danish Hakim, 5, Marissa Dania Hakim, 3
dan Maria Danisha Hakim, lebih sebulan.

_________________

»-(¯`®»~~DJ~~«®´¯)-«
Back to top Go down
http://www.darkcrew-pahang.co.cc/
 
Abby n Norman bercerai juga akhirnya
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Pipes for Sale
» 2011.11.09 - Lloyd Noble Center, Norman, USA

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: Send ALL Your Friends... :: Berita Hiburan-
Jump to: