Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
PortalHomeLatest imagesRegisterLog in

 

 Aziz M Osman bercerai

Go down 
AuthorMessage
Black.Deejay
HOST Administrators
HOST Administrators
Black.Deejay


Posts : 110
Join date : 2008-12-06
Age : 41
Location : City GCC..

Aziz M Osman bercerai Empty
PostSubject: Aziz M Osman bercerai   Aziz M Osman bercerai Icon_minitimeThu 18 Dec - 16:03:54

Aziz M Osman bercerai Mainaziz
Aziz berasa ditipu

Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN
mizan@hmetro.com.my
KUALA
LUMPUR: “Bukan salah dia. Dia tertipu...” kata Afida Es yang
mengesahkan anaknya, pengarah dan pelakon terkenal, Aziz M Osman, 46,
sudah berpisah dengan ustazah, Nor Radhiah Ramli, 22.




Afida ketika dihubungi Metro Ahad berkata, kes anaknya dibawa ke mahkamah syariah dan sudah selesai.

“Perkahwinan
anak saya tidak sah kerana wanita yang dikahwininya masih dalam tempoh
edah. Ketika Aziz merujuk permasalahannya ke mahkamah syariah, status
perkahwinannya batal,” katanya yang simpati dengan nasib anaknya.

Menurut Afida, Aziz menceritakan masalah dihadapinya selepas pulang berbulan madu bersama isterinya di Bali, Ogos lalu.
Katanya, sebaik pulang dari Bali, Aziz meninggalkan isterinya kerana kecewa dan berasa ditipu.

“Yang
saya tahu, Aziz mengetahui isterinya masih dalam tempoh edah selepas
mendapat maklumat daripada bekas suami isterinya. Untuk mendapatkan
kepastian, Aziz ke mahkamah syariah dan mendapati maklumat itu benar.

“Begitupun,
saya bersyukur perkara itu dapat diketahui lebih awal kerana jika
lambat mengetahuinya pasti akan timbul masalah,” katanya.

Afida berkata, dia reda dengan apa yang berlaku dan mengharapkan Aziz bertemu jodoh lebih baik pada masa depan.

“Ini dugaan Allah SWT. Aziz mengimpikan perkahwinan yang bahagia tetapi belum kesampaian,” katanya.

Aziz, duda anak lima, diijabkabulkan dengan Nor Radhiah di Masjid Padang Nenas, Tepuh, Kuala Terengganu, pada 16 Ogos lalu.

Pasangan
itu dinikahkan sendiri bapa pengantin perempuan, Ramli Yusuf, 52,
dengan disaksikan Jurunikah Mukim Batu Rakit, Ismail Yusof, 63, yang
juga bapa saudara Nor Radhiah.

Aziz mula berkenalan dengan Nor Radhiah ketika mengerjakan umrah pada 9 hingga 20 Mac lalu.

Kata
Aziz, kali pertama memandang wajah Radhiah di Madain Saleh di Madinah,
dia tertarik dengan rupa parasnya yang lemah lembut dan menawan hati.
Back to top Go down
http://www.darkcrew-pahang.co.cc/
 
Aziz M Osman bercerai
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Anis Suraya bercerai
» Ahmad Dhani dan Mai bercerai
» Penyanyi Leina Hangat sah bercerai
» Abby n Norman bercerai juga akhirnya

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: Send ALL Your Friends... :: Berita Hiburan-
Jump to: