Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
PortalHomeLatest imagesRegisterLog in

 

 Ayu Raudhah nafi jadi punca

Go down 
AuthorMessage
dj.gccfm
HOST Administrators
HOST Administrators



Posts : 4
Join date : 2008-12-06

Ayu Raudhah nafi jadi punca Empty
PostSubject: Ayu Raudhah nafi jadi punca   Ayu Raudhah nafi jadi punca Icon_minitimeSun 17 Oct - 18:36:29

Ayu Raudhah nafi jadi punca Pix_gal1

Kekasih Zaquan Adha akui tidak tahu kemelut rumah tangga Rita-Aidil

KONTROVERSI yang melanda rumah tangga pelakon Rita Rudaini, 34, dan suaminya, Aidil Safuan dikatakan turut mengaitkan seorang lagi pelakon Ayu Raudhah yang dilaporkan bakal berkahwin dengan kembar Aidil, Zaquan Adha, 24. Nama Ayu turut terpalit sama dalam kemelut itu hingga dikatakan menjadi dalang kononnya beliau antara individu yang menyebarkan cerita buruk dan fitnah mengenai Rita kepada media massa dan kru produksi.

Difahamkan Ayu, 26, dan Zaquan bakal menaiki pelamin pada awal tahun depan.

Sejak tersebarnya pendedahan mengenai rumah tangga Rita yang dilanda badai, ramai wartawan cuba menghubungi Ayu bagi mendapatkan penjelasan dan komen berhubung dakwaan itu tetapi Ayu sukar dihubungi kerana panggilan telefon tidak dijawab dan SMS juga tidak berbalas.

Namun, Khamis lalu, B*POP berjaya menghubungi Ayu dan pelakon itu yang kini sibuk melunaskan penggambaran telefilem berjudul Semua Nak A Juga bersama Fizz Fairuz, Nabil Raja Lawak dan Jue Aziz, menjawab panggilan telefon dan sedia memberi penjelasan.

Ayu mengakui, dia bukan sengaja mahu melarikan diri daripada pihak media massa sebaliknya cerita yang memalit namanya itu dalam kemelut rumah tangga Rita-Aidil memang tiada kena mengena langsung dengan dirinya.
Justeru, katanya, dia tidak berhak untuk bercakap atau memberi komen terhadap rumah tangga orang lain.

“Ayu sendiri tidak tahu menahu dan tidak faham apa yang cuba dimaksudkan pihak itu (merujuk kepada Rita). Zaquan sendiri tidak pernah bercerita mengenai urusan keluarganya apatah lagi yang membabitkan rumah tangga abangnya sendiri. Jadi mustahil boleh wujud istilah Ayu mengambil tahu hal mereka,” katanya yang tidak mahu mengeruhkan keadaan berhubung isu berkenaan.

Dengan apa yang terjadi, Ayu menjelaskan, hubungannya dengan kekasih hati itu tidak terkesan dan berjalan seperti sedia kala. Malah di sebalik kekalutan cerita membabitkan Rita dan suaminya, Ayu sendiri tidak lepas dengan pertanyaan mengenai hari bahagianya dengan pemain bola sepak kebangsaan itu.

Menurut Ayu, dia tidak menidakkan mengenai cerita yang sudah tersebar luas mengenai detik bersejarah yang bakal melihat dua hati bercantum menjadi satu pada Januari depan. Cuma sebagai pihak perempuan, Ayu sebenarnya sudah tidak larat memberi komen mengenai hal terbabit.

“Sebenarnya Ayu tidak mahu dianggap terlalu memukul canang satu Malaysia mengenai hal ini. Kalau ada jodoh, insya-Allah... jadilah. Doakan saja. Buat tempoh sekarang, Ayu tidak mahu lagi menggembar-gemburkan hal perkahwinan kami ini.

“Memang ikutkan apa yang sudah diputus, Januari ini bakal menjadi saksi hari yang ditunggu. Perancangannya memang begitu cuma tidak diputuskan lagi tarikh yang betul-betul untuk kami disatukan. Pihak Ayu hanya bersedia dan apa juga keputusan terletak kepada keluarga Zaquan,” kata Ayu yang mengakui memang sudah bersedia untuk bergelar isteri.

Difahamkan Ayu dan Zaquan sudah menghadiri kursus perkahwinan sekitar Ramadan lalu. Malah cerita yang tersebar kononnya pasangan itu ingin melangsungkan pertunangan pada bulan ini juga ada kesahihannya. Namun, disebabkan kesibukan masing-masing, rancangan itu terpaksa ditunda.

“Ayu sendiri tak kisah sama ada perlu bertunang atau tidak. Apa yang lebih penting ialah akad nikah. Kita hanya merancang,” katanya yang bakal muncul menerusi filem Nur Kasih tahun depan.

Credit To Bharian
Back to top Go down
 
Ayu Raudhah nafi jadi punca
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Along, Zila jadi pengapit Majlis Mawi, Ikin
» Leina Hangat Berazam Jadi Isteri Mithali

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: Send ALL Your Friends... :: Berita Hiburan-
Jump to: