Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
PortalHomeLatest imagesRegisterLog in

 

 Farah OIAM sudah tidak sebumbung dengan suami?

Go down 
AuthorMessage
Black.Deejay
HOST Administrators
HOST Administrators
Black.Deejay


Posts : 110
Join date : 2008-12-06
Age : 41
Location : City GCC..

Farah OIAM sudah tidak sebumbung dengan suami? Empty
PostSubject: Farah OIAM sudah tidak sebumbung dengan suami?   Farah OIAM sudah tidak sebumbung dengan suami? Icon_minitimeThu 18 Dec - 16:56:40

Farah OIAM sudah tidak sebumbung dengan suami? Farah
Tak Ingin Akhiri ada kaitan?
Oleh Norhadiani Baharom
www.hmetro.com.my

TANGGAL
12 Mei ini, genaplah setahun usia perkahwinan Farah Asyikin Zulkifli,
29, serta pasangannya, Dr Fariz Yahya, 30. Sebagaimana pasangan suami
isteri lain, pastinya Farah juga mengharapkan rumah tangganya sentiasa
aman dan berkekalan.

Namun apakan daya, dalam menuju angka
setahun perkahwinan mahligai dibina atas dasar cinta terlebih dulu
diuji Yang Maha Esa yang sememangnya sentiasa menduga makhluk-Nya
sejauh mana kecekalan, ketabahan dan kesabaran mereka mengharungi
setiap dugaan.

Dengan perasaan yang begitu berat dan hati yang
berbelah bagi, penyanyi yang popular dengan lagu 1000 Penipuan ini
akhirnya tewas daripada menyembunyikan terus masalah rumah tangga yang
dihadapi ketika ini.

Tanpa setitis pun air mata, dengan tenang Farah mengakui hampir sebulan tidak tinggal sebumbung dengan suami.

“Benar,
saya akui kami tidak sebumbung sejak sebulan lalu tetapi itu bukan
bererti saya dan suami sudah bercerai. Berjauhan seketika, untuk
memberi laluan kepada kedua-dua pihak mencari ketenangan diri sekali
gus menilai kesilapan masing-masing.


“Terus
terang, saya dan suami masih berusaha memperbaiki keadaan. Kalau ada
kelapangan, kami keluar bersama. Dia pun kerap menjenguk dan
menghubungi saya,” katanya.

Setiap rumah tangga yang bergolak
pasti ada sesuatu yang mengguris perasaan yang menjadi puncanya. Namun
Farah menolak kehadiran orang ketiga sebagai penyebab keretakan rumah
tangga mereka.

“Wujud masalah dalam rumah tangga kami yang tidak
dapat saya kongsi secara terbuka dengan orang ramai kerana ia terlalu
peribadi. Biarlah ia menjadi rahsia hati saya. Apa yang pasti, ia
langsung tiada kaitan dengan orang ketiga.

“Saya amat bersyukur
tatkala terpaksa mengharungi saat getir ini, keluarga sangat memahami
dan menyokong kerana mereka faham tiada siapa yang inginkan perkara
sebegini berlaku lebih-lebih lagi terjadi kepada anak sendiri,” katanya.

Enggan
terus dibelenggu masalah, Farah membiarkan hari-harinya dipenuhi
pelbagai aktiviti seni antaranya dia baru saja selesai menyiapkan
rakaman dan video klip single pertama untuk album keduanya, Tak Ingin
Akhiri.



Lagu nukilan Azlan Abu Hassan dan lirik Sulu
Sarawak ini dikatakan teramat peribadi buat Farah. Barangkali ia mampu
merungkai segala persoalan yang bergolak di jiwanya mengenai perasaan
dan keadaan rumah tangganya ketika ini.

“Ia mengisahkan harapan
seorang wanita kepada suaminya dan saya pasti mana-mana wanita di dunia
ini pasti mempunyai pengharapan terhadap suami mereka.

“Pun
begitu, saya akui jalan ceritanya ada sedikit kaitan hinggakan tanpa
saya sedar saya terlalu 'feel' menyanyikan lagu ini sewaktu
merakamkannya,” katanya.

Mengenai konsep album kedua, jika album
pertama yang diterbitkan Audi Mok mempertaruhkan lagu berteraskan muzik
modern rock sebagai single dan juga 'trademark' dirinya, kemunculan
kali ini bersandarkan lagu balada.

Apa yang mengubah
pendiriannya sedangkan peminat menerima baik kehadirannya dengan konsep
sedemikian hingga diberi jolokan 'Kelly Clarkson Malaysia'?

“Dulu
ketika menghasilkan album pertama, saya bimbang apakah muzik saya akan
diterima. Selepas kerap kali dimainkan di radio, sambutannya di luar
jangkaan. Justeru saya yakin selagi sesebuah karya itu berkualiti,
kreatif dan segar ia tetap mendapat perhatian dan sambutan baik
daripada pendengar.

“Mengapa balada? Sebenarnya bapa yang
beria-ia mahu saya menyanyikan lagu balada sekali gus memilihnya
sebagai single pertama. Katanya, muzik yang saya ketengahkan dulu
terlalu muda untuk orang tua sepertinya jadi dia teringin sekali hendak
dengar saya menyanyi lagu balada untuk album kedua ini.

“Saya
pula terfikir kenapa tidak saya mencuba? Malah melihatnya dari sudut
positif kerana untuk menjadi penyanyi versatil, seseorang itu haruslah
menguasai semua jenis lagu.

“Kebetulan sejak pertama kali
mendengar lagu Tak Ingin Akhiri, saya sudah jatuh cinta dan ia
membuatkan bulu roma saya meremang. Lagu ini bukan seperti lagu balada
lain kerana ia mempunyai elemen dramatik dengan tiga `twist' berbeza di
dalamnya.

“Begitupun, unsur rock tetap dikekalkan bahkan saya
akan terus bekerjasama dengan Audi Mok. Selain ingin menimba pengalaman
baru bekerja dengan beberapa komposer lain antaranya Ajai dan Aubrey
Suwito,” katanya.

Baru pulang dari penggambaran video klip Tak
Ingin Akhiri yang diadakan di Linggi, Negeri Sembilan baru-baru ini,
Farah kelihatan cukup teruja menceritakan pengalamannya sehari suntuk
menyiapkan video klip arahan Jason Chong itu.

“Seumur hidup saya
tidak pernah berlakon tetapi di dalam video klip ini pengarah
mewujudkan unsur drama apabila saya perlu menangis dan beraksi di
samping model lelaki yang menjadi pasangan saya.

“Di dalam klip
ini saya sebenarnya digambarkan sebagai roh yang sedang bercerita
kekecewaan yang dilalui sepanjang bersama suaminya,” katanya.

Farah
menambah, album ini bakal berada di pasaran sebaik selesai
pembabitannya dalam program IKON yang berakhir sekitar September.

Jelas
Farah, memang menjadi keinginannya untuk melihat album kedua segera
menemui peminat namun apakan daya kerana IKON menuntut komitmen tinggi
dari artis yang terbabit.

Sekadar mengimbas, sebelum IKON, Farah
pernah menyertai program realiti Malaysian Idol diikuti One In A
Million (OIAM). Kekerapan muncul dalam program realiti tidakkah dia
bimbang digelar 'muka realiti'?

“Malaysian Idol dan One In A
Million cukup berbeza dengan IKON kerana dua program itu disertai
penyanyi amatur dan mereka menggunakan platform itu sebagai
mengetengahkan bakat. Malah, peserta menyanyikan lagu orang bukan lagu
sendiri.

“Sementara IKON membabitkan peserta yang terdiri
daripada penyanyi profesional yang mana melalui tiket ini saya boleh
gunakan untuk memperkenalkan kelebihan vokal, genre muzik dan lagu saya
yang sesetengahnya tidak pernah diputarkan di radio.

“Program
ini secara tidak langsung dapat mempromosikan artis terutama memasarkan
bakat mereka lebih-lebih lagi penyanyi seperti saya yang kurang
mendapat pendedahan di televisyen.

“Soal menang, siapa yang
tidak mahu jadi juara, bukan? Tetapi bagi saya dapat memperdagangkan
bakat sudah cukup baik selebihnya, kita serahkan kepada Tuhan,” katanya.

Sebagai pendatang baru, karier penyanyi yang dicalonkan Artis Baru Wanita Popular

ABPBH
2007 menunjukkan tanda positif walaupun jauh di sudut hatinya agak
kecewa apabila album pertamanya tidak tercalon dalam Anugerah Industri
Muzik (AIM), 3 Mei ini.

Pun begitu, minggu sudah Farah dikejutkan dengan berita gembira kerana dilamar sebagai duta jenama jam tangan terkenal, Roscani.

“Tidak
lama lagi saya juga mulai sibuk dengan aktiviti yang diaturkan Roscani.
Secara peribadi saya terharu kerana dalam ramai-ramai artis baru mereka
meletakkan kepercayaan itu kepada saya,” katanya.
Back to top Go down
http://www.darkcrew-pahang.co.cc/
 
Farah OIAM sudah tidak sebumbung dengan suami?
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Ina Naim Tidak Datang Kenduri Mawi-Ekin
» Diana sudah trauma
» Diana Danielle sudah bebas
» Shila OIAM, Haziq Zikri suam-suam cinta?

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: Send ALL Your Friends... :: Berita Hiburan-
Jump to: