Jelita. Nasha Aziz ketika majlis bertunangPelakon
dan Model jelita, Nasha Aziz memutuskan ikatan pertunangan bersama
Pengarah Fotografi, Mohd. Helmi Mohd Yusof, 30, pada Februari lalu, ia
merupakan keputusan mereka berdua apabila masing-masing tidak sehaluan
lagi.
Tidak berapa lama dulu, Nasha sendiri pernah mengakui bahawa
dirinya berada dalam tekanan malah dia dan Helmi sedang berhadapan
dengan masalah peribadi.
Tetapi katanya, mereka dalam peringkat
berusaha untuk menyelesaikannya dengan sebaik mungkin. Tak sangka pula
akhirnya kedua-duanya memutuskan tali ikatan itu dan ia sudah
diberitakan Kosmo! dengan tajuk Nasha-Helmi Sudah Putus Tunang pada 30
Januari lalu.
Itu pun bukanlah dari mulutnya sendiri tetapi dijelaskan oleh abang angkat Nasha, Hamidi Aziz.
"Apa pun kami tetap rapat seperti kawan biasa sungguhpun tiada jodoh antara kami.
"Kami memutuskan hubungan dengan cara yang baik dan masih berkawan serta bertelefon seperti biasa.
"Cuma
perasaan cinta saja yang sudah tiada di antara kami," tuturnya
memulakan bicara. Ini bicara pertama Nasha kepada media mengulas soal
putus tunang dengan Helmi.
Nasha ditemui pada majlis minggu setiausaha Rafflesia baru-baru ini.
Bertanyakan
tidakkah dia tertekan dengan situasi yang dihadapinya, ditambah pula
dengan banyak masalah lain yang belum selesai, pantas saja Nasha
bersuara : "Saya seorang yang berjiwa merdeka dan tidak akan
mengenangkan masalah lalu. Sebaliknya ia cuma dijadikan pengajaran
untuk melalui kehidupan di masa akan datang.
"Lagipun, saya terima
apa yang Tuhan beri. Setiap manusia pasti ada jodoh masing-masing, cuma
kita tak tahu ia datang lambat ataupun cepat. Apa yang boleh saya
lakukan cuma bersabar menantikan hari bahagia," katanya yakin positif.