Mila menang dua anugerah di Bulgaria
Oleh Zul Husni Abdul HamidKUALA
LUMPUR: Juara Akademi Fantasia (AF) musim kelima, Norsyarmila Jirin
atau Mila meraih dua pengiktirafan antarabangsa termasuk Lagu Terbaik
pada Festival Muzik Pop Antarabangsa Discovery ke-17 di Bulgaria yang
berakhir, Ahad lalu.
Lagu Ilham Di Matamu ciptaan Ajai dan
liriknya oleh Allahyarham Rosli Khamis atau Loloq diumumkan sebagai
Lagu Terbaik pada pertandingan yang berlangsung di Opera House, Varna,
Bulgaria.
Lagu itu dimuatkan dalam album pertamanya, Persis Mutiara.
Biarpun
gagal meraih sebarang kemenangan untuk kategori Penyanyi Terbaik, Mila,
20, tidak menghampakan apabila menerima pengiktirafan Anugerah Khas
Juri.
Hasil kemenangannya, penyanyi yang berasal dari Teluk
Kumbar, Pulau Pinang itu mendapat piala, wang tunai dan lukisan yang
diilhamkan pelukis terkenal negara berkenaan.
Menyifatkan
pertandingan itu sebagai pengalaman paling berharga, Mila dalam
kenyataannya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) bersyukur kerana
berjaya mengharumkan nama negara di mata dunia.