Konsert Inul Batal Lagi, Penganjur Rugi RM500,000
Penganjur
IMS Prima Sdn Bhd bukan sahaja terus menanggung malu malah terpaksa
menampung kerugian berjumlah setengah juta ringgit akibat pembatalan
konsert Inul Daratista buat kali kedua di Malaysia.
Konsert kali
kedua Inul itu dijadual berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, Ahad
ini selepas selepas konsert pertama Inul Live In JB dibatalkan.
Pengurus
Besar IMS, Nasir Abu Bakar, memberitahu murai.com.my petang tadi,
mereka mendapat tahu mengenai pembatalan konsert di Bukit Jalil, pagi
tadi. Katanya, kertas cadangan ini ditolak oleh Jawatankuasa Agensi
Permohanan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara
(PUSPAL).
"Ya, kami malu, sedih dan kecewa dengan apa yang
terjadi. Kami juga malu untuk berhadapan dengan Inul di atas pembatalan
ini. Kami sudah menghubungi Inul di Surabaya untuk memaklumlah
pembatalan kedua ini dan Inul nampaknya tenang dan akur walaupun kecewa.
"Pihak kami terpaksa menanggung kerugian hampir RM500,000 termasuk kos pengangkutan, logistik dan promosi.
"Saya
juga difahamkan oleh pihak DBKL dan polis bahawa konsert ini ditolak
atas sebab keselamatan negara dan bukannya personaliti atau persembahan
Inul.
PUSPAL diwakili oleh 20 agensi kerajaan termasuk Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan
Agama Islam dan Jabatan Imigresen Malaysia.