KUALA
LUMPUR: Mahkamah Rendah Syariah, di sini, hari ini mengesahkan
perceraian penyanyi penyanyi, Leina Hangat dengan suaminya seorang
warga Perancis, Muhammad Jamal Delaloy Abdullah.
Hakim Syarie,
Mamat Haizan Salleh membenarkan perceraian itu selepas mendengar
keterangan dan sumpah dilafazkan penyanyi yang popular dengan lagu
Ceria Dalam Gundah atau nama sebenarnya, Norazlina Abd Rahman, 36.
Mahkamah
juga memerintahkan Leina beredah selama tiga bulan mulai hari ini
selepas penyanyi itu memfailkan tuntutan fasakh terhadap suaminya pada
19 Jun lalu.
Terdahulu, mahkamah memerintahkan Leina bersumpah
selepas beliau serta dua saksi memberikan keterangan tanpa pembelaan
dari pihak suaminya (defendan) yang tidak hadir ke mahkamah.