Lafaz cerai sebab orang ketigaOleh WAZIHA WAHID
waziha@kosmo.com.my
PETALING
JAYA - Salah seorang anggota kumpulan VE memberitahu Mahkamah Rendah
Syariah di sini semalam bahawa talak tiga yang dijatuhkan terhadap
isterinya adalah disebabkan paksaan wanita itu yang mengaitkannya
dengan kehadiran orang ketiga.
Charm atau nama sebenarnya Charma
Adizalilullah Abdul Khalil, 30, (gambar) berkata demikian semasa
perbicaraan singkat di hadapan Hakim Syarie Jamil Ahmad yang mendengar
permohonan pengesahan lafaz cerai luar mahkamah artis tersebut terhadap
isterinya, Karmila Khalid, 31.
Dia yang popular dengan lagu Pop
Yeh Yeh itu berkata, kejadian tersebut berlaku pada pukul 1 pagi, 5 Jun
lalu, di kediaman mereka di Seksyen 13, Shah Alam di sini dengan lafaz
berbunyi," Aku ceraikan kau dengan talak tiga!"
Sementara itu,
Karmila ketika ditanya apa yang menyebabkan berlakunya lafaz tersebut
mendakwa, mereka bergaduh sebelum itu dan dia mengaku telah memaksa
suaminya untuk menceraikan dia.
"Saya kata, kalau nak sangat perempuan itu, ceraikan saya!" jelasnya tenang.
Karmila juga mendakwa, ketika diceraikan, dia baru habis menjalani tempoh pantang anak ketiga mereka selama 45 hari