Subject: Rita Rudaini, Aidil nikah di Thailand Wed 17 Dec - 22:50:29
Gossip selama ini yang mengatakan pemain bolasepak negara Aidil Zafuan Abdul Radzak dan pelakon Rita Rudaini bernikah di Thailand rupa-rupanya adalah kisah benar.
Bapa Aidil, Abdul Radzak Salleh memberitahu Utusan Malaysia bahawa anaknya sudah bernikah dengan Rita di Songkhla, Thailand pada pertengahan Februari lalu.
Aidil memberitahu kakaknya pasal pernikahannya pada 14 Dis lalu.
"Saya mahu mengesahkan anak lelaki saya (Aidil) sudah berkahwin dengan Rita (Rudaini) dan berita yang digembar-gemburkan sebelum ini adalah benar," kata Abdul Radzak yang mengakui terkejut dengan berita itu.
Sebelum ini Aidil sendiri menyembunyikan berita itu daripada pengetahuan keluarga. Walaupun terkejut, mereka sekeluarga menerima kehadiran Rita sebagai menantunya.
Walau bagaimana pun mereka bernikah, yang mustahaknya bernikah dan mereka kini sudah sah menjadi suami isteri. GCCFM mengucapkan tahniah kepada Aidil Zafuan dan Rita Rudaini. Semoga kekal sehingga ke akhir hayat.