Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
PortalHomeLatest imagesRegisterLog in

 

 Penangan lagu Kekanda Adinda Oleh Zaidi Mohamad

Go down 
AuthorMessage
dj.amer
HOST Administrators
HOST Administrators



Posts : 4
Join date : 2008-12-14

Penangan lagu Kekanda Adinda Oleh Zaidi Mohamad Empty
PostSubject: Penangan lagu Kekanda Adinda Oleh Zaidi Mohamad   Penangan lagu Kekanda Adinda Oleh Zaidi Mohamad Icon_minitimeSun 17 Oct - 20:44:59

Penangan lagu Kekanda Adinda Oleh Zaidi Mohamad Pix_gal0


Atilia dan Monoloque.
Monoloque mahu popularkan semula lagu Melayu lama era Jalan Ampas

PERKENALAN melalui isteri, Dahlia Nadira yang dikahwininya sejak awal tahun ini membuka ruang kepada Monoloque mencipta kelainan menarik untuk bergabung dengan penyanyi Atilia menerusi lagu Kekanda Adinda. Lagu ciptaan sepenuhnya oleh Monoloque atau nama sebenarnya Khairil Ridzuan Annuar, 32 itu mula menjadi siulan ramai.
Gitaris kepada Butterfingers ini juga mempunyai alasan kenapa memilih penyanyi yang baru muncul dengan album kedua berjudul Indah itu. Akui Monoloque yang mesra membahasakan dirinya dengan nama Loque, lagu itu dirangka melodinya sejak Jun tahun lalu.
Nak dijadikan cerita pihak Red Communications berminat mencari lagu tema drama 8 Bulan yang disiarkan di TV3. Secara kebetulan lagu terbaru itu terpilih dan disukai pihak terbabit. Menjadi nilai tambah bukan saja dimainkan di TV, lagu terbaru ciptaannya itu turut dimainkan menerusi stesen radio.

“Lagu itu disiapkan dalam tempoh yang amat sekejap. Mulanya saya terdetik mahu menghasilkan lagu duet nostalgia seperti mana lagu yang pernah dinyanyikan Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarhamah Puan Sri Saloma. Dalam kepala, saya membayangkan duet ini sesuai dinyanyikan dengan Atilia. Bagi saya dia seorang penyanyi yang tidak cenderung kepada genre tertentu. Tiada spesifikasi tertentu, cuma saya berasakan dia sesuai untuk menyanyikan lagu itu dengan saya,” kata Monoloque yang turut terbabit dalam persembahan Atilia di No Black Tie pada 3 Oktober lalu.

Dalam perkembangan lain, Monoloque sedang rancak melunaskan baki pembikinan album terbarunya bersama kumpulan barunya menggunakan nama yang sama. Album itu disifatkan sebagai meneruskan perjuangan kumpulan Butterfingers yang terhenti seketika selepas vokalisnya, Emmett berhijrah ke Kanada.

Katanya Butterfingers tidak pernah terkubur, cuma kini masing-masing melalui proses berhibernasi atau berehat untuk suatu tempoh yang panjang. Album Monoloque yang diberi judul Hikayat Halimunan Abad Ke-21 diharap dapat menjadi penyambung pengembaraan kepada usaha yang diteruskan Butterfingers selama ini.
“Selain saya, kumpulan ini turut dianggotai empat orang lagi. Saya akan berperanan sebagai gitaris di samping vokalis. Saya sendiri merancang untuk menghasilkan trilogi bagi album ini. Itupun mengikut sambutan yang diterima. Dijangka enam lagu akan dimuatkan untuk siri pertama.

“Ia termasuk lagu Kekanda Adinda dan lagu tribute kepada Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Tiada Kata Secantik Bahasa yang dirakam bersama kumpulan seperti Hujan, Pesawat, Bunkface dan Altimet. Insya-Allah, dalam setiap album turut ada perancangan menyelit lagu duet seperti Kekanda Adinda,” katanya yang tamat pengajian di Berklee College Of Music dalam bidang Komposisi dan Sintesis di Boston Amerika Syarikat pada Oktober tahun lalu.

Sekalipun dilihat seperti cenderung kepada paksi muzik Barat, Monoloque sebenarnya sangat tebal dengan jiwa Melayu. Album Monoloquenya sendiri akan menampilkan semua lagu berbahasa Melayu. Malah sejak dua tahun lalu, Monoloque begitu ekstrim melakukan penyelidikan terhadap prosa klasik dan filem Melayu dulu kala.

“Misi saya sebenarnya mahu membuat pembaharuan kepada muzik lama yang pernah terkenal suatu ketika dulu. Contohnya muzik di Jalan Ampas. Saya mahu bikin muzik seperti Tan Sri Datuk SM Salim dan Allahyarham Abdullah Chik. Saya mahu komersialkan muzik dulu dengan cara kontemporari. Tanpa terlalu kebaratan,” katanya sambil memberitahu rezekinya makin murah selepas berkahwin.


Atilia tak ralat

BAGI Atilia atau nama sebenarnya Raja Putri Atilia Raja Haron, dia tidak ralat biarpun lagu Kekanda Adinda seakan menenggelamkan kehadiran album Indah yang mempertaruhkan lagu sedap dan mendamaikan seperti Leka, Indah, Angel, Harus Bagaimana dan lagu nyanyian semula Gelombang dendangan ibunya, Salamiah Hassan.

Ada yang menganggap semuanya seperti salah percaturan, namun Atilia tidak ralat berdepan situasi sebegini. Malah, wanita yang berusia 36 tahun ini menganggap semuanya seperti hikmah bermakna.

“Secara tak langsung, kemunculan Kekanda Adinda menjadi pertolongan tanpa disangka yang memecah tembok gelaran urban yang diberikan kepada saya. Lagu duet ini mendapat sambutan dan meletup di radio dan kaca TV. Saya juga pernah terdetik untuk memuatkan lagu duet ini jika album Indah dibikin sekali lagi dalam album pembungkusan semula. Namun selepas difikir semula, konsep lagu duet ini ternyata bercanggah konsep album Indah. Jadi mungkin saya biarkan saja lagu duet ini dimuatkan dalam album Monoloque.

“Kalau boleh saya tak nak jadikan album saya seperti rojak sekali gus mengelirukan pemina,” katanya yang hanya mampu bersabar menanti lagu di dalam album Indah diputarkan di radio.

Berbanding album Sangkar yang dihasilkan pada 2007, Atilia menjelaskan Indah lebih diterima ramai. Cetakan pertama album terbabit sebanyak 1000 keping sudah habis dijual. Pihaknya juga sudah mengulang cetak lagi album itu dengan jumlah yang sama.

“Saya turut menjual album ini sendiri. Saya turut dimaklumkan mengenai maklum balasnya daripada syarikat Alibi Music Sdn Bhd. Ternyata selain lagu solo, lagu duet bersama Noh, Sore dan Maliq & D’Essentials juga menjadi taktik terbaru untuk meraih perhatian peminat,” katanya yang akan menghiburkan peminatnya di Alexis, Great Eastern Mall pada 15 dan 16 Oktober ini.

Mengenai Monoloque, Atilia menyifatkan lelaki comel dan berjambang itu sebagai seorang yang cukup berbakat besar. Akuinya, muzik diperkenalkan Monoloque diibaratkan muzik ‘songsang’, berbeza dan pada masa sama tidak lupa memperkasakan berbahasa Melayu.

Lagu Kekanda Adinda mengambil masa sejam untuk dirakamkan di Bangsar. Namun sebelum itu, Monoloque terlebih dulu menghantar emel lagu itu kepada Atilia. Kerjasama menerusi lagu itu turut membuka lembaran baru buat mereka berdua kerjasama akan datang.

“Siapa tahu gandingan kami akan kembali menyemarakkan zaman artis duet suatu ketika dulu. Kami pernah merancang untuk berduet dan memberi nafas baru kepada lagu Doa Buat Kekasih dendangan asal Ramli Sarip dan Khatijah Ibrahim,” kata Atilia yang bergelar duta kepada jenama Adidas dan Lancome selama setahun.
Back to top Go down
 
Penangan lagu Kekanda Adinda Oleh Zaidi Mohamad
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: Send ALL Your Friends... :: Berita Hiburan-
Jump to: