PortalHomeRegisterLog in

Share | 
 

 Aizat risau cerita negatif

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
dj.gccfm
HOST Administrators
HOST Administrators


Posts : 4
Join date : 2008-12-06

PostSubject: Aizat risau cerita negatif   Sun 17 Oct - 18:40:11



Info Aizat

NAMA PENUH: Muhammad Aizat Amdan
TARIKH LAHIR: 21 Januari 1989
USIA: 21 Tahun
ASAL: Kuala Lumpur
ALBUM: Percubaan Pertama & Urusan Aizat Amdan
ALBUM REPACKAGE: Percubaan Pertama mengandungi VCD karaoke dan single Kau Aku
SINGLE: Kau Aku yang juga lagu tema drama bersiri Merah Putih & Pergi, Susun Silang Kata dan Mana Oh Mana lagu runut bunyi filem Talentime dan terbaru, Sungai Lui menjadi tema untuk filem muzikal animasi Fire Fly arahan Afdlin Shauki.
PROGRAM: Geng Aizat
FILEM: Muzikal animasi Fire Fly
SYARIKAT PRODUKSI: Kasi Gegar Entertainment Sdn Bhd
PENCAPAIAN:
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) menerusi Lagu Kita, Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-16; Persembahan Terbaik (Kau Aku) dan Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-24 (Pergi) serta Penyanyi Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009

JIWA mudanya mudah memberontak namun penyanyi yang semakin bersinar, Aizat, 21, tidak mudah mengalah dengan liku hidup yang dilalui. Kritiklah apa saja, Aizat tidak tunduk pada tekanan.

Malah, tempoh tiga tahun bergelar anak seni membuatkannya semakin matang dalam menyusuri hidup. Prinsipnya, apa yang baik dijadikan pengajaran dan perkara buruk dijadikan sempadan.

JIWA mudanya mudah memberontak namun penyanyi yang semakin bersinar, Aizat, 21, tidak mudah mengalah dengan liku hidup yang dilalui. Kritiklah apa saja, Aizat tidak tunduk pada tekanan.

Malah, tempoh tiga tahun bergelar anak seni membuatkannya semakin matang dalam menyusuri hidup. Prinsipnya, apa yang baik dijadikan pengajaran dan perkara buruk dijadikan sempadan.
"Saya sedar ada yang suka dan tidak suka pada saya, tetapi saya tidak mampu memuaskan hati semua orang. Awalnya, sukar saya mahu menerima keadaan ini, tetapi kematangan membuatkan saya menerima seadanya. Ketika bergelar penyanyi, usia saya baru mencecah 19 tahun. Saya masih budak-budak lagi, jadi ada kala sesuatu yang berlaku membuatkan saya memberontak.

Saya bukan jenis yang berselindung, saya tidak pandai bermuka-muka. Apabila tidak puas hati, saya lebih suka berterus terang, tetapi sifat itu kadang kala memakan diri. Saya lebih berhati-hati mengeluarkan pandangan selepas lebih tiga tahun menempuh hidup sebagai penyanyi.

"Bagi saya, kejujuran amat penting dalam hidup tetapi mungkin ada yang terasa apabila saya terlalu jujur. Apabila saya jujur, ada yang menuduh saya berlagak dan tidak sedar diri. Memang perit menerima hakikat itu, tetapi bagi mereka yang mengenali saya, mereka tahu saya bukannya seorang yang bongkak atau berlagak tidak tentu pasal. Saya sudah mula berhati-hati ketika keluar Akademi Fantasia 5 (AF5) lagi.

"Memang serik apabila dihentam teruk dalam AF5, malu pun ada, tetapi itulah diri Aizat Amdan yang sebenar. Saya suka bercakap jujur, tetapi saya dilihat tidak pandai menjaga perasaan orang lain.

"Saya akui cukup risau apabila ada cerita negatif mengenai saya, lambat laun peminat akan percaya kebenarannya apabila kerap kali keluar cerita bukan-bukan. Saya masih mencari diri dan percaya kematangan akan membuatkan saya mengubah kekurangan dan kelemahan diri. Berilah saya tempoh untuk berubah, mungkin dua atau tiga tahun lagi peminat akan melihat Aizat Amdan yang baru. Saya bukanlah teruk sangat, cuma sikap tidak ramah menyebabkan saya kurang disenangi.
"Bagaimana saya mahu berubah dengan mendadak jika itulah sikap saya sejak kecil lagi. Saya bukannya tidak ramah, tetapi apabila berdepan dengan orang yang tidak dikenali, saya akan menjadi pendiam. Saya tidak pandai memulakan bicara, tetapi diri saya sering disalah tafsir sebagai sombong dan berlagak. Tetapi bagi rakan yang rapat, mereka tahu saya juga gila-gila dan suka bergurau," katanya sayu.

Di sebalik kegusaran hatinya, Aizat lega apabila album keduanya, Urusan Aizat Amdan yang berada di pasaran, bulan lalu. Jika sebelum ini, Aizat mencipta lagu berbahasa Melayu, kini memuatkan dua lagu bahasa Inggeris ciptaannya, Years From Now dan Emotions. Album terbitan syarikatnya, Kaki Gegar Entertainment Sdn Bhd dengan kerjasama eRama Sdn Bhd itu memuatkan tujuh lagu ciptaannya dan abang, Anas.

Album Urusan Aizat Amdan dijual pada harga RM25.90 di kedai muzik dan secara terus menerusi laman web www.aizatamdan.com.

"Saya tahu kekuatan lagu Hanya Kau Yang Mampu tidak mungkin dapat diatasi tetapi saya melihatnya daripada perspektif yang berbeza. Memang Hanya Kau Yang Mampu terlalu `power' dan disukai ramai, tetapi saya tidak mampu meneruskan perjuangan jika hanya bergantung pada lagu hit itu.

"Lagu Hanya Kau Yang Mampu sudah jadi sejarah dan saya perlu berusaha untuk mencipta sejarah baru dalam kerjaya. Saya percaya perjalanan saya masih jauh lagi dan saya mahu membuktikan saya mampu melakukannya. Disebabkan itulah, saya serius dalam dunia penciptaan lagu. Mungkin selepas ini, saya akan bekerjasama dengan penyanyi lain dalam mencapai cita-cita saya sebagai seorang komposer.

"Menyentuh album Urusan Aizat Amdan, saya akui album ini memakan masa yang agak panjang memandangkan saya sentiasa sibuk ketika itu. Hanya tujuh lagu sempat disiapkan, kalau ikutkan saya mahu memuatkan 10 lagu tetapi masa agak suntuk.

"Saya tidak suka dengan kerja yang terburu-buru. Menghasilkan sesebuah karya bukannya mudah, saya tentunya mahukan hasil yang terbaik untuk album kedua ini. Saya mempertaruhkan single pertama, Sungai Lui kerana lagu itu memiliki emosi yang mendalam. Sungai Lui adalah nama sungai di Ulu Yam.

“Sungguhpun saya dibesarkan di kota, tetapi saya pencinta alam sekitar. Saya suka hidup dalam suasana kampung dan cara orang lama. Jati diri sebagai anak Melayu masih kuat dalam jiwa saya.

"Jika lagu Pergi digunakan untuk filem Talentime arahan Allahyarham Yasmin Ahmad, kali ini lagu Sungai Lui menjadi tema untuk filem muzikal animasi Fire Fly arahan Afdlin Shauki. Saya turut menjayakannya dengan membawakan watak Budin. Saya berminat menjayakannya kerana jalan cerita dan kisah yang dipaparkan mengenai nyanyian.

"Filem ini mempunyai kira-kira 138 karakter dan dibintangi ramai artis tanah air. Ia secara tidak langsung membantu mempromosi seni nyanyian tanah air.
Apapun, saya sekadar menyumbangkan suara untuk watak Budin dan tidak terbabit dalam lakonan. Bukan saya tidak minat berlakon, malah saya turut terbabit dalam program Geng Aizat di TV9 yang memerlukan saya berlakon pada Aidilfitri lalu.

"Bagaimanapun, saya kena ukur kemampuan diri. Mungkin belum tiba masanya saya bergerak di atas tiket sebagai pelakon. Untuk permulaan, saya menimba pengalaman dengan hanya menyumbang suara," katanya.

Credit to Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed /Bharian
Back to top Go down
 
Aizat risau cerita negatif
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Buku yg Akhir2 ini Kamu Baca
» [DONE] VocaPost Year-end Gathering @Jakarta
» Suka Duka Role Play World
» Vocaloid 3 China
» siapa Utaite,producer,dan lagu vocaloid favorit kaliaan?

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: Send ALL Your Friends... :: Berita Hiburan-
Jump to: