PortalHomeRegisterLog in

Share | 
 

 Myza rakam lagu: Ikut langkah Ina Naim?

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
.___AMIR___.
HOST Administrators
HOST Administrators


Posts : 93
Join date : 2008-12-05
Age : 32
Location : Gong Badak.Terengganu

PostSubject: Myza rakam lagu: Ikut langkah Ina Naim?   Sat 5 Sep - 0:36:09

Ingat tak kepada Ina Naim yang tiba-tiba meletup selepas putus tunang dengan Mawi dulu? Ina dapat tawaran menjadi model dan juga dapat merakam album.

Bakatnya bukanlah sedahsyat penyanyi lain, tapi nama yang sudah dikenali ramai membuatkan ada pihak yang yakin dengan Ina. Ina ada menyatakan hasrat nak jadi penyanyi, lalu terus disambar Hijjaz Records untuk projek lagu raya dan album mini.


ini nama Maizawati Zainal juga dikenali ramai. Daripada seorang suri rumah biasa, Maizawati atau Myza menjadi sebutan peminat hiburan. Apatah lagi kisahnya beberapa kali menjadi paparan muka depan akhbar.Semuanya gara-gara krisis rumah tangga dengan pendakwah dan penyanyi terkenal Akhil Hayy sehingga membawa kepada perceraian mereka. Akhil akhirnya menikahi Waheeda, wanita yang disebut oleh Myza sebagai penyebab keruntuhan rumah tangga Myza. Namun dinafikan oleh Akhil sebelum ini.Nampaknya Myza juga memilih bidang seni sebagai penyambung kehidupannya. Sejauh mana kemampuan Myza tidak bolehlah dibuat penghakiman sekarang sebab produknya belum dihasilkan. Tunggulah apabila album yang berkonsep world music itu siap. Nampaknya Myza akan berentap dengan Waheeda sebab konsep muzik yang sama.

Sebagaimana Ina Naim yang memulakan rakaman dengan lagu pasal hari raya, Myza juga menyelitkan sebuah lagu bertema hari raya dalam album sulungnya yang bakal dipasarkan tidak lama lagi. Beliau memulakan rakaman pada 2 September lalu.

Selamat datang ke dunia seni dan tunggulah bagaimana Myza meredah kehidupan sebagai artis setelah beberapa tahun melihat perjalanan suaminya (sekarang bekas suami) sahaja.

_________________

___F _U _C _K _M _E _- _A _M _I _R- _G _C _C___

Back to top Go down
http://www.ganucyber-gccfm.co.cc/
 
Myza rakam lagu: Ikut langkah Ina Naim?
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Lagu-lagu MAYU koleksi gw :D
» Lagu VOCALOID yg Lagi Didengerin
» [CLOSED PRE ORDER] VOCALO.ID 3 ~ Album Kompilasi Lagu Vocaloid Indonesia
» [question] apakah judul lagu ini? dari album mana?
» siapa Utaite,producer,dan lagu vocaloid favorit kaliaan?

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: Send ALL Your Friends... :: Berita Hiburan-
Jump to: