Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
PortalHomeLatest imagesRegisterLog in

 

 Tampil Solo Tamatkan Spekulasi Black Join MUH

Go down 
AuthorMessage
.___AMIR___.
HOST Administrators
HOST Administrators
.___AMIR___.


Posts : 93
Join date : 2008-12-05
Age : 40
Location : Gong Badak.Terengganu

Tampil Solo Tamatkan Spekulasi Black Join MUH Empty
PostSubject: Tampil Solo Tamatkan Spekulasi Black Join MUH   Tampil Solo Tamatkan Spekulasi Black Join MUH Icon_minitimeFri 4 Sep - 21:10:27

Tampil Solo Tamatkan Spekulasi Black Join MUH BlackBlack Mentor 3 akan bergerak secara solo. Itulah yang ditekankan oleh Pengurus Label Monkey Bone, Edris Adrian pada Majlis Tandatangan Kontrak Black Mentor 3 bersama Monkey Bone Records.

Demikian, tamatlah segala spekulasi mengatakan Black bakal menggantikan Lan, bekas vokalis band indie, Meet Uncle Hussein (MUH).


"Memang sebelum ini pun Black tak terima apa-apa tawaran secara lisan daripada MUH untuk join mereka," ujar Black menegaskan tetap akan muncul sebagai penyanyi solo walaupun terdapat kemungkinan menerima tawaran untuk menganggotai MUH.

Edris menjelaskan semuanya bermula apabila mereka meminta lagu daripada Taja untuk dinyanyikan Black dan berlakulah desas desus bahawa Black akan menyertai MUH.

Beliau menekankan Black tidak sekali-kali akan menyertai MUH kerana Monkey Bone telah pun merencanakan perjalanannya sebagai artis solo dalam industri muzik tanah air. Namun, Edris menambah terdapat kemungkinan jika lagu Black turut menampilkan MUH sebagai artis undangan.


"Jika diberi peluang, saya ingin berduet dengan Amy Search dan ingin sekali bertemu dengannya. Selain itu, saya juga berhajat untuk menghantar kedua ibu bapa mengerjakan umrah dan kereta yang dimenangi juga akan diberikan untuk kegunaan harian mereka," ujar Black yang memenangi hadiah wang tunai RM100,000 beserta sebuah kereta Kia Spectra 5 tajaan Oriva.

Sementara itu, majlis yang turut dihadiri Mas Idayu, orang yang menjadi tulang belakang Black sepanjang Mentor 3 berlangsung mengakui beliau tiada sebarang masalah untuk memberikan kerjasama sekiranya diperlukan walaupun kini Black telah diserahkan sepenuhnya kepada Monkey Bone.
Back to top Go down
http://www.ganucyber-gccfm.co.cc/
 
Tampil Solo Tamatkan Spekulasi Black Join MUH
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Algebra tampil imej berserban
» Black Eyed Peas

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: Send ALL Your Friends... :: Berita Hiburan-
Jump to: