PortalHomeRegisterLog in

Share | 
 

 AIM 16 cermin masalah industri muzik

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
.___AMIR___.
HOST Administrators
HOST Administrators


Posts : 93
Join date : 2008-12-05
Age : 32
Location : Gong Badak.Terengganu

PostSubject: AIM 16 cermin masalah industri muzik   Fri 4 Sep - 21:05:45



Perubahan kategori utama dalam Anugerah Industri Muzik Ke-16 (AIM16) menggambarkan masalah besar yang sedang dihadapi dalam sektor muzik. Ia menggambarkan semakin kurang album diterbitkan sepanjang tahun 2008.

Buktinya, kategori persembahan vokal terbaik di dalam album ditukar kepada persembahan vokal terbaik di dalam lagu kerana tak banyak album dikeluarkan sebaliknya banyak penyanyi yang merakam single sahaja sebagai penerus kerjaya seni.

Hanya 54 buah album pelbagai bahasa termasuk Inggeris, Cina dan Tamil. Namun jumlah pencalonan bertambah kepada 707 yang juga terbanyak dalam sejarah AIM apabila penyertaan dibuka kepada single.

Ia menimbulkan rasa bimbang indusri muzik akan semakin merudum apabila tiada tindakan yang dilakukan oleh pihak tertentu bagi merangsang penerbitan album.

Berikut antara calon-calon akhir:

Artis BaruTerbaik: Hujan, Joe Flizzow, Malique, Meet Uncle Hussain, Suki

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki): Aizat (Lagu Kita), Bob (Cinta Terhalang), Reshmonu (Doa Untuk Dia), Reshmonu (Sayu) Rithan (Rock n Roll)

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita): Ayu (Hanya Di Mercu), Dina (Sejauh Ini), Shila (Memori Tercipta), Siti Nurhaliza (Di Kayangan Kita), Siti Nurhaliza (Di Taman Teman)



Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam altLagu: Ajai & Marsha (Sayang), All One (Bilal Bin Rabah), Pop Shuvit (Marabahaya (Inggeris), Rabbani (Bila Nur Melimpah Di Hati), Raihan (Asubhu Bada)

Kulit Album Terbaik: Hawa (Nikki), President (Joe), Transit (Altered Frequency), Satu (Ferhad), Remain Unknown (Estranged)

Rakaman Album Terbaik: Estranged, Suki (Finally/Akhirnya) , Ferhad, Adam (Adam 3), Reshmonu (Harapan)

Video Muzik Terbaik: Hanya Di Mercu (Ayu), Sampai Syurga (Faizal Tahir), Mati Hidup Kembali (Butterfingers), 1000 Tahun (Butterfingers), Oh Anok Anok (Reshmonu)

Album Pop Etnik Terbaik: Khazanah Pujangga (Syura), Lentera Timur (Siti), Selagi Ada Rindu (Pak Long), Zapin Suri (Haziq)

Lagu Pop Etnik Terbaik: Di Kayangan Kita (Siti), Di Taman Teman (Siti), Dirgahayu (Ramlah Ram), Nafas Cahaya (Misha), Zapin Suri (Haziq)

Album Nasyid Terbaik: Allah Habeebi (Mawi), Istimewa Tiada Dua (Nice), Nasyid Nostalga Memory The Zikr (Nazrey Johani), Nostalgia Nadamurni (Rabbani), Setia (Wildan)
April.
altLagu Nasyid Terbaik: Allah Habeebi (Mawi), Bila Nur Melimpah Di Hati (Rabbani), Kemuliaan Al-Quran (In Team), Serulah Namanya (Mawi), Teman Hakiki (Mawi)

Album Rock Terbaik: Kristal (Bongar), Hujan (Hujan), Nrocino (Keamanan), Butterfingers (Kembali), The Times (Modern Minimals Glamour)


Lagu Rock Terbaik: 1000 Tahun Mahu Hidup (Butterfingers), Aurora (Estranged), Bila Aku Sudah Tiada (Hujan), Dugaannya (Hujan), Yang Pernah (Estranged)

Album Pop Terbaik: Alyah (Alyah), Yassin (Arus Qudus), Reshmonu (Harapan), Misha Omar (Misha Omar), Aizat (Percubaan Pertama)

Lagu Pop Terbaik: Cinta Adam Dan Hawa (Misha), Dingin (Ziana Zain), Ketentuan (Ramlah Ram), Lagu Kita (Aizat), Sampai Di Sini (Misha)

Lagu Hip Hop Terbaik: Bergerak (Joe), Isabella (Joe), Mengapa Harus Bercinta (Joe), Mentera Beradu (Malique), OK (Malique)

Album Inggeris Terpatan Terbaik: Dark Sun Big Rain (Karen Nunis Blackstone), President (Joe), Remain Unknown (Estranged), Take Five With Juwita Suwito at Avanti (Juwita Suwito), Tapestry of Life (Shal Sagan)

altLagu Inggeris Tempatan Terbaik: All Around My World (Joe), Dances of The Spirit (Estranged), In No Time (Estranged), KL Street (Malique), Marabahaya (Pop Shuvit)

Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara: Aku Dan Dirimu (Bunga dan Ari Lasso), Ayat Ayat Cinta (Rossa), Bila Rasa Ini Rasamu (Keris Patih), Matahariku (Agnes Monica) , Menjaga Hati (Yovie & Nuno)

Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu: Pada Cintanya (Siti), Tiada Maaf (Danell Lee), Aurora (Estranged), Di TamanTeman (Siti), Bukan Mimpi (Farhan)

Pakej rangsangan Ekonomi

Ekoran kemerosotan jumlah album yang diterbitkan, Pengerusi Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia , Datuk Aziz Bakar mencadangkan kerajaan altmemberi pakej rangsangan ekonomi atau Economics Stimulus Package bagi industri ini seperti yang diberi kepada bisnes lain.

"Jika dilihat trend industri muzik kita yang menurun tahun demi tahun, ia memang amat membimbangkan. Jika syarikat rakaman dan label indie tidak teruskan pelaburan dalam industri ini, maka saya percaya kita tidak akan ada industri lagi.

"Ia akan mewujudkan chain reaction dan mereka yang terlibat akan hilang pekerjaan bersama insan kreatif kita. Negara juga akan kehilangan sumber lagu baru yang dietrbitkan oleh insan seni negara kita," kata Aziz.

AIM16 akan diadakan pada 2 Mei 2009 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra.

AIM sekali lagi dibawakan oleh penaja utama, Celcom menerusi penyiar rasmi ntv7 serta rangkaian radio rasmi Hot FM dan Fly FM.

Finalis AIM16 akan mengadakan promosi bergerak ke Kuantan Parade (4 April), Plaza Alam Sentral, Shah Alam (11 April), Village Mall, Sungai Petani (18 April) dan Queensbay Mall, Pulau Pinang pada 25

_________________

___F _U _C _K _M _E _- _A _M _I _R- _G _C _C___

Back to top Go down
http://www.ganucyber-gccfm.co.cc/
 
AIM 16 cermin masalah industri muzik
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Jah Love Muzik: Hagley Park Rd. New Years 1979. (Brigadier Jerry)
» King Mellow v Ticka Muzik: Ocho Rios. 1986
» RIP Amie Street
» Sister Denyse l/s Stephen T June 2009
» [Game]Hatsune Miku Project Diva F 2nd[SEGA]

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: Send ALL Your Friends... :: Berita Hiburan-
Jump to: