Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
PortalHomeLatest imagesRegisterLog in

 

 Fendi A to Z meninggal dunia

Go down 
AuthorMessage
Black.Deejay
HOST Administrators
HOST Administrators
Black.Deejay


Posts : 110
Join date : 2008-12-06
Age : 41
Location : City GCC..

Fendi A to Z meninggal dunia Empty
PostSubject: Fendi A to Z meninggal dunia   Fendi A to Z meninggal dunia Icon_minitimeThu 18 Dec - 16:40:39

Fendi A to Z meninggal dunia Fendiatoz
Fendi atau nama sebenarnya Affendey Zainon (tengah) bersama Lan (kiri) dan Jeff (kanan) ketika menganggotai kumpulan A to Z

Al Fatihah buat Fendi A to Z, takziah buat keluarga

KUALA
KEDAH: Bekas anggota kumpulan A to Z, Affendey Zainon, 39, atau lebih
dikenali sebagai Fendi meninggal dunia akibat diserang angin ahmar
selepas tiga hari dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di
sini, hari ini.

Beliau menghembuskan nafas terakhir di sisi
ibunya, Siti Norma Md Akhir, 58, dan bapanya, Zainon Cha, 58, di HSB,
kira-kira jam 9.30 pagi.

Kumpulan A to Z popular dengan lagunya Itik Gembo-Gembo dan Berdendang pada 1990-an.

Lebih
200 orang, termasuk sanak saudara dan peminat menziarahi Allahyarham di
rumah keluarganya di Taman Harapan di sini, untuk memberi penghormatan
terakhir.

Adik perempuannya, Zailiawati Zainon, 32, berkata
abang sulungnya itu diserang angin ahmar sejak Disember tahun lalu dan
sejak itu arwah tidak berselera makan sehingga menyebabkan badannya
semakin susut.

Katanya, Ahad lalu, abangnya mengadu sesak nafas
dan beliau kemudian membawa Fendi ke HSB untuk mendapatkan rawatan
kerana bimbang dengan keadaannya yang tidak bermaya.

“Saya
memujuknya supaya pergi ke hospital tetapi dia hanya mendiamkan diri.
Tak sangka pula dia akan meninggalkan kami buat selama-lamanya,"
katanya ketika ditemui di rumah mereka di Taman Harapan di sini,
semalam.

Beliau berkata, abangnya hanya sempat menyertai
kumpulan A to Z selama dua tahun dan berhenti dari dunia hiburan untuk
menyertai kumpulan tabligh.
Back to top Go down
http://www.darkcrew-pahang.co.cc/
 
Fendi A to Z meninggal dunia
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Raffi Hussain meninggal dunia
»  Yalal Chin Meninggal Dunia
» Anak Faizal Ismail Dj Hot Fm Meninggal dunia
» Sudiro meninggal sakit jantung

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: Send ALL Your Friends... :: Berita Hiburan-
Jump to: