PortalHomeRegisterLog in

Share | 
 

 Siti Nurhaliza menang lagi

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Black.Deejay
HOST Administrators
HOST Administrators


Posts : 110
Join date : 2008-12-06
Age : 34
Location : City GCC..

PostSubject: Siti Nurhaliza menang lagi   Thu 18 Dec - 16:45:46


Tahniah Datuk Siti atas kemenangan

Siti raih Anugerah Planet Muzik 8 tahun berturut-turut
sumber:www.utusan.com.my

KUALA
LUMPUR 20 April – Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza
Tarudin, 29, mengharumkan nama negara sekali lagi selepas berjaya
memenangi anugerah Artis Wanita Paling Popular untuk lapan tahun
berturut-turut dalam Anugerah Planet Muzik (APM) 2008.

Sejak APM
kali pertama dianjurkan pada 2001, penyanyi kelahiran Temerloh, Pahang
itu tidak pernah pulang dengan tangan kosong dalam kategori itu yang
dipilih menerusi undian peminat muzik dari Malaysia, Indonesia dan
Singapura.



“Syukur
kepada Allah yang memberi saya peluang kemenangan ini. Kemenangan ini
juga sebenarnya daripada tangan para peminat saya di Malaysia,
Indonesia, Singapura dan di mana sahaja.

“Saya akan kenang
kesetiaan anda semua,'' kata Siti semasa berucap menerima anugerah
tersebut di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini malam ini.

Beliau menewaskan empat calon lain iaitu Bunga Citra Lestari, Dayang Nurfaizah, Elyana dan Kris Dayanti.

Selain
Siti, pendatang baru berbakat besar, Faizal Tahir juga mengharumkan
nama negara apabila dipilih sebagai Artis Baru Lelaki Terbaik. Apa yang
lebih membanggakan ialah albumnya, Aku. Muzik. Kamu, diangkat sebagai
Album Terbaik menewaskan album Anuar Zain, Kerispatih, Gigi dan Padi.

Dengan
kemenangan itu, Faizal menjadi artis Malaysia pertama memenangi Album
Terbaik selepas kategori tersebut didominasi artis-artis Indonesia
selama tujuh tahun berturut-turut.

_________________

»-(¯`®»~~DJ~~«®´¯)-«
Back to top Go down
http://www.darkcrew-pahang.co.cc/
 
Siti Nurhaliza menang lagi
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» miku append sama yg originalnya mau di update lagi
» Buku yg Akhir2 ini Kamu Baca
» Lagu VOCALOID yg Lagi Didengerin
» Kartonizam

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: Send ALL Your Friends... :: Berita Hiburan-
Jump to: