AC MIZAL, RAKAN KONGSI BUKA RESTORANKUALA
LUMPUR, 22 SEPT 2008: Selepas bergelar penjual gelang yang berjaya, hos
Akademi Fantasia 6 (AF6), AC Mizal kini membuka restorannya sendiri,
dikenali Zucchero Cafe.
Memilih Warisan Cityview, Jalan Cheras
sebagai lokasi restoran pertamanya itu, AC mengusahakan perniagaan itu
bersama 3 lagi rakan kongsinya, Fairuz Razi Zakaria, Alex Liew dan Adam
Rahman bagi merealisasikan impiannya untuk bergelar pengusaha restoran.