PortalHomeRegisterLog in

Share | 
 

 Sudiro meninggal sakit jantung

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Black.Deejay
HOST Administrators
HOST Administrators


Posts : 110
Join date : 2008-12-06
Age : 34
Location : City GCC..

PostSubject: Sudiro meninggal sakit jantung   Thu 18 Dec - 16:10:20


Alfatihah buat sudiro, semoga rohnya dicucuri rahmat..amin

KUALA
LUMPUR: Penulis skrip dan pelakon drama bersiri Rumah Kedai, Sudiro
Sukirman, 49, meninggal dunia akibat sakit jantung ketika dalam
perjalanan ke Hospital Sungai Buluh dari rumahnya di Taman Pinggiran
Subang di sini, semalam.

Anak saudaranya, Hafandy Abdul Hadi,
21, berkata Sudiro dibawa oleh jirannya ke hospital selepas tiba-tiba
rebah dan tidak sedarkan diri di tempat meletak motosikal di pekarangan
rumahnya.

"Bapa saudara saya sudah menetap di Taman Pinggiran
Subang lebih dua tahun. Ketika kejadian, beliau hendak ke rumah kakak
tiri, Parti Phormadi di Selayang Tambahan.

"Ketika tiba di
tempat meletak motosikal, arwah tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan
diri. Sebelum ini, arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan dan tidak
pernah mengadu mengenai keadaan kesihatannya.

"Bagaimanapun
hasil dari pemeriksaan doktor, kematian arwah berpunca daripada injap
jantungnya yang tersumbat," katanya yang ditemui di Hospital Sungai
Buluh, semalam.

Sudiro anak sulung dari tiga beradik menderita penyakit kencing manis sejak berumur 30 tahun.

Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selayang, petang semalam.

Takziah & Al fatihah....

_________________

»-(¯`®»~~DJ~~«®´¯)-«
Back to top Go down
http://www.darkcrew-pahang.co.cc/
 
Sudiro meninggal sakit jantung
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» [SHARE] Kriteria Pasangan Idaman Kalian

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: Send ALL Your Friends... :: Berita Hiburan-
Jump to: