Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
PortalHomeLatest imagesRegisterLog in

 

 Along, Zila jadi pengapit Majlis Mawi, Ikin

Go down 
AuthorMessage
Black.Deejay
HOST Administrators
HOST Administrators
Black.Deejay


Posts : 110
Join date : 2008-12-06
Age : 41
Location : City GCC..

Along, Zila jadi pengapit Majlis Mawi, Ikin Empty
PostSubject: Along, Zila jadi pengapit Majlis Mawi, Ikin   Along, Zila jadi pengapit Majlis Mawi, Ikin Icon_minitimeThu 18 Dec - 15:52:46

Along, Zila jadi pengapit Majlis Mawi, Ikin Mawi%28a%29
Sumber:www.murai.com.my

Sebelum
ini Murai Batu ada menulis tentang Along Raja Lawak 2 dan tunangnya,
Zila Seeron (AF4) yang dikatakan akan menjadi pengapit kepada pasangan
mempelai, Mawi dan Ekin.


Akhirnya, persoalan yang menjadi
tanda tanya ini dijawab Mawi dan Ekin sendiri sewaktu mereka melawat
pejabat murai.com.my untuk menghantar kad jemputan pada 3 Disember lalu.






"Ya, memang benar Along dan Zila menjadi pengapit kami," ujar Mawi.


Apa sebab Mawi memilih mereka?


"Saya
kenal Along sebelum kami jadi artis lagi. Dia kawan lama kami. Zila pun
sangat rapat dengan Ekin. Kami memang berkawan," tambah Mawi lagi.


Selain
menjawab pertanyaan kami, Mawi dan Ekin turut mengumumkan mengenai
pengapit mereka di saluran interaktif popular di Astro iaitu @15.

Apapun,
bagi mengukuhkan apa yang dijawab Mawi, krew murai.com.my terus
menghubungi Along. Ketika dihubungi, Along dalam perjalanan ke
Terengganu untuk mengadakan persembahan.
"Saya terkejut juga Mawi
dan Ekin pilih kami. Soal bertuah itu bukan satu isu. Bagi saya,
perkataan bertuah hanya sesuai untuk peminat Mawi yang terpilih saja.
Mungkin saya terpilih sebab kami kawan lama. Kami pun dah berkawan masa
dia jadi deejay di supermarket lagi," kata Along.
Tambah menarik, Along yang memanggil Mawi dengan nama Botak turut menjelaskan bahawa tunangnya, Zila, sangat rapat dengan Mawi.

"Sebenarnya,
semasa kami bertunang, Mawi ada bagi bayangan tentang cerita pengapit
ni. Tapi, pada mulanya saya ingat Mawi main-main saja. Sebab itulah
sebelum ini saya belum berani cakap apa-apa.


"Setakat ini,
saya dah blok jadual saya. Jadi, tak ada masalah untuk saya dan Zila
untuk beri komitmen. Mengenai baju, kami diberitahu sudah ada sponsor.


"Semalam,
Mawi ada ajak saya untuk berjumpa, nak bincang tentang hal ni. Tapi
saya tak sempat lagi. Pun begitu, Zila sudah pergi berjumpanya.


"Apa pun, Mawi sudah memaklumkan bahawa kami perlu menjadi pengapit di semua lokasi persandingan," kata Along.
Back to top Go down
http://www.darkcrew-pahang.co.cc/
 
Along, Zila jadi pengapit Majlis Mawi, Ikin
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Ayu Raudhah nafi jadi punca
» Leina Hangat Berazam Jadi Isteri Mithali
» Ina Naim Tidak Datang Kenduri Mawi-Ekin

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: Send ALL Your Friends... :: Berita Hiburan-
Jump to: