PortalHomeRegisterLog in

Share | 
 

 Sani Impression dgn ferrarinya

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Black.Deejay
HOST Administrators
HOST Administrators


Posts : 110
Join date : 2008-12-06
Age : 34
Location : City GCC..

PostSubject: Sani Impression dgn ferrarinya   Thu 18 Dec - 15:48:34




RM 500,000 deposit Ferrari

TENTU ramai anak muda yang cemburu kepada Sani kerana dapat memiliki si merah garang inikan?

BUKAN
semua orang mampu mengimpikan sebuah kereta mewah, tambahan pula mobil
import berjenama terkenal seperti Ferrari, Lamborghini atau Porsche.
Namun
mimpi tersebut kadang-kadang boleh menjadi kenyataan dan salah seorang
yang beruntung itu ialah Sani Salleh, yang kini merupakan Ketua Pegawai
Eksekutif Sani United Sdn. Bhd. (SUSB).

Bagi
jejaka berusia 32 tahun yang merupakan bekas anggota kumpulan
Impression ini, impian memiliki sebuah kereta Ferrari menjadi kenyataan
apabila membeli F 360 Modena sebelum Aidilfitri kira-kira tiga bulan
lalu.
Harganya bukan murah, tetapi bagi yang berkemampuan seperti
Sani, impian boleh ditukar menjadi kenyataan dengan syarat berupaya
membayar RM1.2 juta untuk kereta dua tempat duduk itu.
Mengimbau
kembali saat membuat keputusan untuk memiliki sebuah kereta berjenama
terkenal buatan Itali ini, Sani berkata, pada satu malam dia bermimpi
tentang kereta tersebut. Mimpi memandu dan memegang stereng Ferarri
membuatkan dia menjadi tidak keruan lagi.
Apabila terbangun daripada
lena, beliau terus membuat keputusan mengunjungi premis jualan kereta
itu di Kuala Lumpur pada sebelah paginya.
Dengan deposit RM500,000, kereta berwarna merah darah dengan janaan kuasa enjin V8 itu menjadi haknya tanpa ragu-ragu lagi.
Bagi
Sani, jika mampu apa salahnya mengeluarkan wang saku sebanyak RM14,000
sebagai bayaran bulanan asalkan kepuasan memandu kereta berkuasa tinggi.
"Minyak
isi penuh RM200, sekadar boleh memandu di bandar Kuala Terengganu untuk
dua hingga tiga hari. Jika menuju ke Kuala Lumpur memerlukan kira-kira
RM250," katanya.

_________________

»-(¯`®»~~DJ~~«®´¯)-«
Back to top Go down
http://www.darkcrew-pahang.co.cc/
 
Sani Impression dgn ferrarinya
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» SCANDAL First Impressions

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: Send ALL Your Friends... :: Berita Hiburan-
Jump to: