PortalHomeRegisterLog in

Share | 
 

 Ina Naim Tidak Datang Kenduri Mawi-Ekin

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Black.Deejay
HOST Administrators
HOST Administrators


Posts : 110
Join date : 2008-12-06
Age : 34
Location : City GCC..

PostSubject: Ina Naim Tidak Datang Kenduri Mawi-Ekin   Thu 18 Dec - 15:47:19


gambar hiasan

Apa
komen anda? Komen saya, baguslah tindakan ina ni...nanti kalau dia
pergi mesti ada wartawan nak kait2kan cerita lama mereka dan kesian
pulak kat suami tercintanya encik suhaimi itu.. Biarlah yang dah lepas
tu...kita buka buku baru...



KUALA LUMPUR, 17 DIS
2008: Wanita yang pernah singgah dan bertakhta di hati Mawi satu ketika
dulu, Nordiana Naim atau Ina Naim, 23, mengakui tidak akan menghadiri
majlis perkahwinan bekas tunangnya itu dengan Ekin, sekalipun bakal
diundang untuk majlis persandingan nanti.

"Terima kasihlah
kerana bakal pengantin masih ingatkan saya. Tetapi rasanya saya tidak
dapat datang. Lagipun kalau saya datang, macam-macam pula spekulasi
yang timbul nanti. Sekarang ini pun, apa yang orang tak cakap pasal
diri saya.

"Cukuplah dengan segala tohmahan yang saya terima
selama ini. Sekarang lebih penting, saya kena jaga hati dan perasaan
suami saya (Mohd Suhaimi Saad, bekas anggota In-Team). Saya juga kena
hormati kedudukan dia sebagai suami dan ketua keluarga.


Dia
sendiri yang bagi nasihat kepada saya supaya usah dikaitkan lagi dengan
Mawi. Sebab, kalau boleh, dia tidak mahu lagi melihat hati saya terluka
lagi dengan segala tuduhan dan kata-kata yang dilemparkan orang
terhadap saya," katanya Ina kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Ina
berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mawi yang mahu menjemputnya
bersama Suhaimi ke majlis persandingan mereka di Hotel Palace of Golden
Horses, Seri Kembangan pada 11 Januari 2009 nanti.

Bukan itu
saja, Ina juga keberatan untuk mengulas apa-apa tentang perkahwinan
Mawi & Ekin yang kini mendapat liputan yang begitu meluas daripada
pihak media tempatan.

"Maaflah, kalau boleh saya memang tidak
mahu beri apa-apa komen lagi tentang hal-hal yang berkaitan dengan
Mawi. Cukup-cukuplah mengaitkan saya dengan Mawi lagi. Apa yang berlalu
sudah pun berlalu.

"Saya sekarang sudah bahagia dengan kehidupan
baru saya dan Mawi saya anggap tidak lebih sekadar rakan artis biasa,"
katanya yang kini sudah bergelar ibu selepas dikurniakan anak lelaki,
Ehmad Hadie Alfardie, 8 bulan.

Menjelaskan mengenai kehidupannya sebagai seorang ibu, Ina berkata, dia kini sibuk memberikan tumpuan dan jagaan terhadap Ehmad.

"Tambah-tambah
lagi sekarang ini dia cukup lasak. Memang lelah jugalah hendak mengawal
serta menjaganya. Pada masa yang sama, saya turut membantu Suhaimi
untuk memasarkan album solo barunya yang berjudul Kalamak serta
meluaskan pasaran Kopi Sawda' keluaran Corpora Corporation Sdn Bhd.

"Alhamdulillah
penerimaan masyarakat terhadap produk itu baik sekali. Mungkin kerana
kelebihannya yang memiliki campuran Habbatul Sawda' iaitu sejenis
bijirin hitam bersama Tongkat Ali dan beberapa ramuan herba yang lain.

"Insya-Allah,
kalau tidak ada aral melintang, Kopi Sawda' ini akan dipasarkan ke
negara Arab tidak lama lagi. Untuk memenuhi permintaan pasaran Kopi
Sawda' di sana, produk itu akan ditukarkan namanya kepada Barakah,"
katanya.

Selain itu, Ina juga kini giat menyertai kursus yang berkaitan dengan perniagan multi-level HPA.

Ina
sebelum ini pernah mendapat perhatian pihak media apabila menjadi
tunangan Mawi selama lebih kurang 2 tahun bermula 10 Februari 2004
hingga 10 Julai 2006. Sesudah putus tunang dengan Mawi, Ina terus
menceburi bidang seni sebagai penyanyi rakaman dan tidak lama kemudian,
dia mengahwini Suhaimi pada 12 Ogos 2007.

_________________

»-(¯`®»~~DJ~~«®´¯)-«
Back to top Go down
http://www.darkcrew-pahang.co.cc/
 
Ina Naim Tidak Datang Kenduri Mawi-Ekin
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» [Game]Hatsune Miku Project Diva F 2nd[SEGA]
» Gak bisa buka Soundcloud.com hiks
» [Done] Miku Expo Quiz by Vocapost

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: Send ALL Your Friends... :: Berita Hiburan-
Jump to: