Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
PortalHomeLatest imagesRegisterLog in

 

 Tukar konsep album selepas kahwin

Go down 
AuthorMessage
.___AMIR___.
HOST Administrators
HOST Administrators
.___AMIR___.


Posts : 93
Join date : 2008-12-05
Age : 40
Location : Gong Badak.Terengganu

Tukar konsep album selepas kahwin Empty
PostSubject: Tukar konsep album selepas kahwin   Tukar konsep album selepas kahwin Icon_minitimeWed 17 Dec - 3:53:57

Tukar konsep album selepas kahwin Hi_03_10

TINGGAL beberapa hari sahaja lagi penyanyi idaman Malaya, Asmawi Ani akan menamatkan zaman bujangnya bersama Nora' Ashikin atau Ekin.

Mengharapkan agar segalanya berjalan lancar, namun pelantun lagu popular, Kian ini masih lagi sempat menyiapkan album qasidah keduanya berjudul Qasidah Allah Habeebi.

Bakal berada di pasaran sekitar Januari depan, Mawi yakin sokongan para peminatnya tidak akan berbelah bahagi meskipun status dirinya akan berubah tidak lama lagi.

"Ini semua rezeki dan saya yakin para peminat akan menyokong karier saya meskipun saya sudah berkahwin. Lagi pun album ini sangat istimewa dan penghasilannya juga mengambil masa yang sangat panjang," katanya ketika ditemui pada majlis pradengar album terbarunya itu, di pejabat Maestro Talent, di Bukit Damansara, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menyambung perbualan terang anak kelahiran Felda Taib Andak, Kulai, Johor ini, kelewatan album tersebut yang sepatutnya diedarkan pada penghujung tahun ini berlaku kerana pemilihan material untuk album tersebut sangat terperinci.

"Kita tak mahu selitkan lagu-lagu yang tidak bermutu. Oleh kerana itu, proses mencari lagu sahaja telah memakan masa yang lama. Malah, mutu penghasilan album qasidah kedua ini lebih dititikberatkan agar ia mampu menarik minat bukan sahaja golongan dewasa tetapi juga remaja," ujarnya tenang.

Jelas Mawi, kos album tersebut juga lebih tinggi berbanding album-albumnya yang lain.

"Hampir RM60,000 kos dibelanjakan untuk album ini, malah kesemuanya menggunakan peralatan muzik live string itu yang menyebabkan ia lebih mahal berbanding album-album terdahulu," katanya.

Qasidah Allah Habeebi memuatkan lapan buah lagu antaranya berjudul Allah Habeebi, Hijab, Sujud kolaborasi bersama KRU, Seroja dan Teman Hakiki.

Bercerita lanjut tentang dua buah lagu iaitu Sujud dan Seroja, sambil tersenyum kata Mawi: "Saya sukakan muzik KRU kerana apabila kita dengar sahaja sesebuah lagu itu, kita boleh tahu itu lagu mereka.

"Seroja pula saya rakamkan semula kerana ramai sangat yang meminati lagu itu. Apabila pergi buat persembahan, ramai yang minta saya nyanyikan lagu tersebut.

"Jadi apa yang boleh saya katakan, dalam album ini tidak terlalu ke arah nasyid tetapi ia lebih kepada etnik kreatif sebab kita hendak tarik minat orang muda."

Akui Mawi, sekiranya peminat mengharapkan sesuatu yang baru daripadanya, semua itu akan berlaku selepas perkahwinannya kelak.

"Insya-Allah, selepas kahwin saya akan menukar konsep lagu-lagu nyanyian saya. Cukup berbeza daripada yang sedia ada. Memang saya ada niat untuk mencuba konsep muzik yang baru serta lain daripada nasyid dan etnik kreatif. Tunggu sahajalah di mana semuanya masih dalam perancangan," jelas lelaki berbintang Virgo ini.

Menyentuh mengenai persiapan perkahwinannya pula, jelas penyanyi yang dilahirkan pada 25 Ogos 1981 ini, semuanya berjalan dengan lancar.

Jelas Mawi, dia kini sangat teruja menantikan konsert Gempak Rewang yang akan dijayakan oleh artis-artis Akademi Fantasia dan rakan-rakan daripada program Raja Lawak sempena perkahwinannya di Johor Bahru, kelak.

"Pastinya masyarakat di sana teruja menantikan konsert itu memandangkan para penduduknya jarang dapat peluang untuk berhibur dengan artis-artis tempatan.

"Jadi, saya sangat gembira sekurang-kurangnya konsert itu dapat menggembirakan hati masyarakat sempena majlis perkahwinan saya kelak," katanya lagi.

Ketika ditanya adakah dia sudi untuk mendendangkan beberapa buah lagu semasa majlis perkahwinannya nanti, sambil tersenyum kata Mawi: "Jika ada permintaan mungkin saya akan menyanyikan lagu-lagu yang diminati dan lagu baru dari album qasidah saya.

"Saya tidak ada masalah untuk menunaikan hajat orang selain tetamu juga bakal diraikan dengan para penyanyi jemputan yang lain."

Sama seperti pasangan yang lain, Mawi juga berhasrat untuk membawa bakal suri hidupnya itu berbulan madu.

Malah sempena dengan perkahwinannya, Mawi telah mengambil cuti selama sebulan dengan berehat tanpa terbabit dengan sebarang aktiviti seni.

"Empat tahun bekerja saya tidak pernah bercuti, jadi tidak salah untuk saya berehat. Untuk destinasi berbulan madu pula, saya berminat untuk pergi ke Syria atau Korea," ujarnya mengakhiri perbualan pada petang itu.
Back to top Go down
http://www.ganucyber-gccfm.co.cc/
 
Tukar konsep album selepas kahwin
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Gambar Kahwin LYDIA IBTISAM
» When the first Whirlpool Duet album was released in December 2001

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: Send ALL Your Friends... :: Berita Hiburan-
Jump to: