Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
PortalHomeLatest imagesRegisterLog in

 

 Aznil mengacara AF?

Go down 
AuthorMessage
.___AMIR___.
HOST Administrators
HOST Administrators
.___AMIR___.


Posts : 93
Join date : 2008-12-05
Age : 40
Location : Gong Badak.Terengganu

Aznil mengacara AF? Empty
PostSubject: Aznil mengacara AF?   Aznil mengacara AF? Icon_minitimeMon 15 Dec - 2:31:56

Aznil mengacara AF? Hi_02.1




DALAM kita dok tertanya apakah program popular Akademi Fantasia (AF)
akan diteruskan untuk musim akan datang, Joyah pula dapat tahu, tugas
pengacaraan akan kembali ke tangan Aznil Haji Nawawi.
Betulkah begitu? Pasti ramai yang suka Pak Nil kita ni kembali ke
AF. Iyalah, dia tu kan dah macam ikon program realiti popular tu.
Pandai pula buat drama dan tahu bagaimana mahu memberikan debaran
kepada penonton dan peserta AF yang rata-rata gementar untuk mengetahui
siapa bakal tersingkir setiap minggu.
Joyah sendiri suka tengok gelagat Aznil di pentas mengacara konsert mingguan dan mengendalikan Diari Harian.
Khabarnya, Aznil ini bukan bukan sekadar pandai mengacara malah dia
juga rapat dengan peserta. Malah kalau ada masa, pasti dia suka beri
motivasi kepada budak-budak AF.
Patutlah dia nampak rapat dengan budak-budak AF sejak musim pertama dan budak-budak AF pun sayang kat dia.
Apapun, jika benarlah bagai dikata, selamat kembali bertugas. Joyah
pun suka dengan drama-drama Aznil di pentas AF. Menjadilah, orang kata.
Cuma jika benarlah Aznil yang mengendalikan AF nanti, bagaimana pula nasib AC Mizal yang bertanggungjawab mengacara AF lepas?
Back to top Go down
http://www.ganucyber-gccfm.co.cc/
 
Aznil mengacara AF?
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: Send ALL Your Friends... :: Berita Hiburan-
Jump to: