PortalHomeRegisterLog in

Share | 
 

 Diana Danielle sudah bebas

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
.___AMIR___.
HOST Administrators
HOST Administrators


Posts : 93
Join date : 2008-12-05
Age : 32
Location : Gong Badak.Terengganu

PostSubject: Diana Danielle sudah bebas   Mon 15 Dec - 2:11:26



Tatkala pelakon Diana Danielle,17, dan ibunya Norsiah Ramli pulang
dari Jakarta pada 9 Disember lalu, ramai yang ingin "memburu" mereka.
Yalah, semua nak dapatkan berita terbaru Diana terutama kisah hangat
kehancuran cintanya dengan pengarah Syamsul Yusuf, 24, anak jutawan
filem terkenal Datuk Yusof Haslam.
Saya juga tidak mahu melepaskan peluang itu kerana Norsiah sudah
berjanji mahu bertemu saya melalui mesej khidmat pesanan ringkas (SMS)
yang dihantar kepada saya ketika mereka di Jakarta.
Menuntut janji itu, pada malam Khamis lalu, saya mengaturkan sesi fotografi muka depan Pancaindera untuk Diana Danielle. Hadir ditemani ibu dan rakan-rakannya di studio Utusan, muka Diana agak "muncung" sekejap.
Kata Norsiah anaknya itu baru lepas meluahkan perasaannya kepada
sekumpulan wartawan yang hadir pada majlis ulang tahun Lord's Tailor
Brand New Look di Pusat Beli-belah Bangsar, Kuala Lumpur pada sebelah
petangnya.
"Dia baru lepas meluahkan perasaan dia tu. Mood dia mungkin
tak beberapa bagus," kata Norsiah. Yalah budak-budak punya perasaan
memang tak boleh nak dijangka. Tambahan pula baru putus cinta.
Memanglah perasaan dan emosi sentiasa tidak stabil. Saya faham semua
itu.
Memberi masa Diana menyedut susu kacang soya, saya bertanya mengenai perasaannya sekarang.
Terus sampuk gadis ini disulam lerek senyuman manisnya yang dia
gembira apatah lagi baru pulang dari Jakarta untuk urusan bisnes. Saya
tanya lagi. Bagaimana dengan cinta? Lantas jawab gadis ini, cukuplah
dengan cinta. Dia tidak mahu bercerita panjang mengenainya lagi.
Saya tambah satu soalan lagi. Masih sakitkah kepala kena tumbuk itu?
Sambil memegang bahagian belakang sebelah kiri kepalanya, kata Diana,
sakit sudah kurang tetapi kesannya masih ada.
Maksudnya bonjol di kepala itu masih tidak surut. Lalu dia menarik
tangan saya untuk membuktikan kata-kata itu benar dan bukannya rekaan.
Ketika menyentuh bahagian kepala itu, saya dapat rasakan bonjol sebesar
biji guli. Mungkin itulah tempat yang Diana dakwa ditumbuk oleh Syamsul.
"Rasa tak bonjol tu? Sampai sekarang masih ada," katanya sebelum
kami meneruskan temu bual di bilik mekap sambil wajahnya dicantikkan
jurusolek Zulfazli.
Serik untuk bercinta
Peristiwa pada malam 26 November lalu adalah titik yang dianggap
hitam dalam hidup Diana Danielle. Selama 17 tahun hidup di dunia ini,
itulah pertama kali dia menerima dugaan yang dianggapnya dahsyat di
alam percintaan.
Berdasarkan laporan akhbar, Diana mendakwa ditumbuk lima kali oleh
Syamsul hanya kerana cemburu. Cemburu dalam percintaan itu adalah
perkara biasa. Itu tandanya sayang tapi kalau cemburu yang berlebihan,
inilah jadinya.
Dek kerana tak tahan dengan cemburu yang dianggap keterlaluan itu,
maka pada malam itu ternoktahlah hubungan cinta yang disemai selama
tiga tahun. Diana anggap ia bagaikan sebuah mimpi ngeri. Masakan
seorang perempuan bawah umur sepertinya itu diperlakukan seperti itu?
Tetapi benda dah jadi. Benda dah berlaku. Yang penting Syamsul sudah
memohon maaf dan mengakui kesilapannya bertindak kasar terhadap Diana.
Dan adakah kata-kata kemaafan daripada Diana berhubung perkara itu?
"Saya maafkan dia. Tak ada apa-apa masalah sebab benda ni dah pun
berlaku. Saya tak mahu ia dipanjangkan lagi kerana saya menghormati
keluarganya terutama sekali Datuk Yusof dan Datin Fatimah," ujar Diana.
Dan yang lebih penting Diana mengakui dia sudah serik untuk
bercinta. Buat masa ini dia mahu melupakan perasaan untuk mempunyai
kekasih. Bukan bermakna suatu hari nanti dia akan terus menjadi orang
bujang tetapi buat masa ini untuk mencari mereka yang bergelar teman
istimewa itu masih belum terbuka.
Selain takut peristiwa itu berulang semula, yang paling penting
Diana menganggap usianya masih muda. Bukan masanya untuk mencari cinta
sebaliknya dia perlu memberi tumpuan terhadap masa depannya selepas
tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini.
"Tak mahulah bercinta. Saya nak bagi tumpuan dalam bidang seni dulu.
Cukuplah saya dah lalu perjalanan hidup sebagai orang yang ada
kekasih," katanya.
"Sumpah tak ada orang lain"
Gadis secantik ini tipulah kalau tak ada orang yang berkenan. Hendak
pula baru putus cinta. Tak keterlaluan kalau dikatakan ramai yang
sanggup "berbaris" untuk memikat hati Diana.
Ujar gadis ini, dia kecewa apabila ada desas-desus mengatakan Diana
menjalinkan hubungan dengan orang lain sehingga sanggup memutuskan
percintaannya dengan Syamsul itu. Sambil mengangkat tapak tangan, ujar
Diana, dia masih single. Tak ada kekasih, tak ada teman lelaki.
"Sumpah, saya tak ada orang lain. Bukan juga orang ketiga yang
seperti yang dikatakan menjadi punca keretakan hubungan saya dengan
Syamsul itu," katanya.
Melihat kepada usianya yang masih muda ketika dilamun percintaan,
ujar Diana dia kesal kerana terlibat dalam dunia percintaan sewaktu
masih mentah. Apabila tiada kematangan di dalam sesebuah perhubungan,
maka ia tidak mampu untuk kekal lama.
Dan hari ini apabila usianya semakin meningkat, Diana menganggap bagaikan membuang masa jika bercinta pada usia awal.
"Saya masih muda. Buat apa nak bercinta awal. Dulu tak nampak tetapi sekarang saya dah nampak dah haluan saya," jelasnya.
Dan hari ini Diana gembira apabila kehidupannya tidak lagi
dikongkong oleh sesiapa. Tiada lagi lelaki yang hendak mengawal setiap
pergerakannya.
Yang lebih penting hari ini masa yang terluang dapat digunakan untuk
bersama rakan-rakan selain melibatkan diri dalam aktiviti lain yang
lebih berfaedah. Suka kegiatan lasak seperti rock climbing, akui Diana dia lebih santai memenuhi masanya dengan aktiviti seperti itu.
"Sekarang ini jika ada masa terluang saya banyak habiskan dengan
aktiviti yang lebih berfaedah dan mengeluarkan peluh. Memang sekarang
ini saya gembira dan bahagia sangat dengan cara itu," jelasnya.
Nak pindah ke Jakarta
Membuat satu keputusan yang agak mengejutkan. Diana dan ibunya
berhasrat untuk berpindah dan menetap di Jakarta, Indonesia pada tahun
hadapan. Bukan kerana kecewa dengan percintaannya itu tetapi ada sebab
berbuat demikian.
Dengan penuh bangga Diana dan ibunya mempunyai banyak perancangan
yang hendak dilakukan di negara jiran itu terutamanya dalam usaha
meningkatkan lagi kerjaya Diana.
"Kami nak tinggal sana tak lama. Dalam tempoh enam bulan hingga satu tahun saja," katanya?
Selepas berada beberapa hari di negara itu sebelum Hari Raya
Aidiladha lalu, Diana dan ibunya sudah dinasihati untuk berada di
Jakarta dalam tempoh yang agak panjang kerana gadis ini akan digilap
menjadi bintang popular di negara itu.
Kata Diana, selepas berjumpa dengan Octave, komposer hebat di
Jakarta, komposer itu sudah bersetuju untuk mengambilnya menjadi artis
rakaman di negara tersebut.
Mengikut perbincangan awal, komposer tersebut berhasrat menerbitkan
album Diana yang memakan masa antara empat hingga enam bulan termasuk
tempoh rakaman dan juga promosi.
Dan jika hasrat itu terlaksana, maka keputusannya ialah terpaksa
meninggalkan negara ini buat seketika semata-mata mahu menguruskan
projek besar itu.
"Dah lama saya nak jadi penyanyi. Bila ada komposer sana yang
sanggup untuk menaikkan nama saya di Indonesia, saya harus merebut
peluang itu dengan sebaik mungkin.
"Masa buat rakaman suara di sebuah studio di Jakarta, komposer
tersebut berpuas hati dengan tahap pencapaian suara saya," katanya.
Bukan bermaksud mahu meminggirkan kebolehan produk yang dihasilkan
negara ini tetapi Diana mahu meluaskan empayar seninya. Sebab itulah
dia memilih Jakarta sebagai permulaan.
Dan yang pasti jika penghasilan album itu nanti berjalan lancar, ia akan turut diedarkan di Malaysia.

_________________

___F _U _C _K _M _E _- _A _M _I _R- _G _C _C___

Back to top Go down
http://www.ganucyber-gccfm.co.cc/
 
Diana Danielle sudah bebas
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» [VCP-002] MPV : Merah Putih Vocaloid Album (2011)
» TIGERLOAF OF MYTHS TRASHESD SOME SLOBBER CALLED CHLOE WHO IS BEING PROMOTED BY TROLLEYMAN

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: Send ALL Your Friends... :: Berita Hiburan-
Jump to: